9.11.2010

Takde Mainan, Ular Pun Berguna

Saturday, September 11, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Jangan terkejut dengan gambar di atas. Ular sawa di atas tidak merbahaya. Malah ular sawa di atas adalah barang mainan bagi kanak-kanak tersebut. Jika anak-anak kita hebat dengan mainan-mainan canggih dari Toys r us, kanak-kanak berusia 6 bulan di atas hebat dengan ular sawa hidup.

Lagi gambar dan berita penuh..






NEW DELHI, India - Akibat terlalu miskin dan tidak mampu untuk membeli barang permainan, Sidhi Siddharth Sinune yang baru berusia enam bulan diberi seekor ular sawa oleh ibu bapanya untuk dijadikan rakan bermain, lapor sebuah akhbar semalam.

Sinune akan merangkak di belakang ular sawa itu dan ketawa apabila reptilia itu bergerak di kakinya di sebuah kampung di Maharashtra.

Apabila ibu bapanya pergi bekerja, bayi perempuan itu akan bermain dengan ular tersebut dan dia tidak takut untuk menggigit ekornya.

Ular yang tidak berbisa itu tiada masalah untuk membelit Sinune atau menelannya.

Menurut bapanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli mainan untuk anaknya itu menyebabkan dia menjadikan ular yang ditangkap sebagai ganti alat permainan.

Bapanya yang merupakan seorang penangkap ular memberitahu: "Sinune mempunyai hubungan istimewa dengan ular. Lebih mengejutkan, ular itu juga suka bermain dengannya." - Agensi


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik