9.21.2010

Lagi Kes Penipuan Gores & Menang

Tuesday, September 21, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Walaupun sudah banyak kes-kes penipuan Gores & Menang didedahkan di akhbar juga TV, tapi masih ada lagi yang menjadi mangsa. Adakah kerana sindiket ini bijak memperdayakan mangsa atau kita sendiri yang mudah terpedaya?

Semoga berita yang dilaporkan oleh Kosmo di bawah menjadi iktibar untuk semua. Cara yang paling selamat, jangan dilayan jika ada sesiapa yang cuba menawarkan sebarang peraduan Gores & Menang supaya anda tidak termakan dengan pujuk rayu mereka.


Umpan Toyota Altis, beri tilam


KHAIRUDDIN menunjukkan laporan polis mengenai kes penipuan ke atas bapa saudaranya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bayar RM12,000 untuk dapat sebuah kereta Toyota Altis baru tetapi yang dapat cuma tilam kesihatan.

Itulah pengalaman seorang pesara kerajaan berusia 69 tahun yang menjadi mangsa penipuan aktiviti gores dan menang yang masih berleluasa ketika ini.

Anak saudara mangsa, Khairuddin Karim, 50, berkata, kejadian berlaku pada 21 Ogos lalu apabila mangsa dan isterinya telah dihampiri seorang lelaki sebaik sahaja mereka keluar dari sebuah pasar raya di Selayang.

“Lelaki berkenaan meminta bapa dan ibu saudara saya menggores sekeping kad. Ibu saudara saya tidak memenangi apa-apa tetapi bapa saudara saya telah memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Altis berharga kira-kira RM118,000 dan dijemput datang ke pejabat untuk mengambil hadiah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Khairuddin, setiba di pejabat berkenaan, mangsa diminta membayar RM12,000 sebagai kos untuk insurans, cukai jalan dan kos penyimpanan kereta baru tersebut.






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik