9.24.2010

Gambar Kampung Sukan Komanwel Di India Yang Teruk

Friday, September 24, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:



LONDON - Beberapa gambar yang menunjukkan tandas kotor dan cadar katil mengandungi kesan tapak kaki haiwan di sebuah kampung Sukan Komanwel di India didedahkan oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang wartawan BBC menyamar semasa merakamkan gambar-gambar itu sebelum Sukan Komanwel di New Delhi berlangsung mulai 3 hingga 14 Oktober depan.

Beberapa buah negara sebelum ini menegaskan bahawa sukan itu perlu ditangguhkan atau dibatalkan kecuali kemudahan di kampung berkenaan yang menempatkan 7,000 atlet dibaikpulih.

Pada Selasa lalu, 23 orang cedera apabila sebuah jambatan dalam pembinaan runtuh dekat Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi manakala sebuah siling di sebuah dewan angkat berat runtuh kelmarin.

Sebelum ini, kontinjen New Zealand, Kanada dan Scotland menangguhkan ketibaan para atletnya di New Delhi untuk bertanding dalam Sukan Komanwel atas alasan tahap keselamatan dan kemudahan yang teruk di kampung sukan.

Ekoran beberapa masalah yang berlaku itu, Perdana Menteri, Manmohan Singh mengadakan mesyuarat tergempar malam semalam dengan Menteri Sukan dan pegawai kanan lain bagi menilai tahap persediaan negara tersebut untuk menganjurkan sukan berkenaan. - Agensi

Lagi gambar-gambar Kampung Sukan Komanwel di India yang teruk..















sumber : daily mail

1 comments:

relevan said...
Friday, 24 September, 2010

Popaleh macam ni..tu belum kira mana stadium yang nak runtuh lagi..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik