8.24.2010

Video Kejadian Stor Mercun Meletup Di Seberang Baruh

Tuesday, August 24, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Isu kejadian sebuah rumah tinggal yang dijadikan stor mercun meletup di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terenggganu banyak mengejutkan semua pihak. Dalam kejadian letupan itu, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun Khairul Ariff Ayub meninggal dunia di tempat kejadian. Khairul Arif melambung sejauh kira-kira 15 meter dan mayatnya ditemui tersangkut di dahan pokok berhampiran rumah itu.

Turut cedera dalam kejadian tersebut ialah dua orang lelaki iaitu Mohd. Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku kerana dua lelaki yang cedera itu sedang menyediakan mercun bagi memeriahkan malam raya Aidilfitri bulan depan dengan mengisi belerang ke dalam sebuah tong gas peti sejuk.

Stor mercun tersebut dipercayai milik kepada bapa Khairul Ariff Ayub yang menghilankan diri sejak kejadian tersebut. Bagaimanapun bapa Khairul Arif, 28, telah menyerah diri kepada pihak polis pada pukul 12.55 tengah semalam.

AYUB (kanan) dan isteri, Kamariah hadir pada pengebumian anak mereka, Khairul Ariff di tanah perkuburan Kampung Makam Lama semalam.


Video sejurus selepas kejadian stor mercun meletup di Chabang Tiga, Kuala Terenggganu.





sumber berita : utusan & kosmo
sumber video : buletinonline

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik