
Dalam kejuaraan tersebut, hanya tinggal dua finalis yang berentap iaitu Vladimir Ladyzhenskiy, 60 (kiri) dan Timo Kaukonen,40 (kanan).
Vladimir jatuh pengsan dengan beberapa bahagian badannya mengalami kesan terbakar. Mana tidaknya, peserta perlu berada dalam bilik sauna dengan kepanasan 230-degree (110 Celsius) dan siapa yang terakhir keluar dari bilik sauna tersebut dikira pemenang.
Sauna World Championships adalah acara tahunan di Finland dan selepas kejadian ini, penganjur mengatakan ia mungkin tidak akan diteruskan lagi.


0 comments:
Post a Comment