8.12.2010

Pokok Kacang Pis Tumbuh Dalam Paru-Paru

Thursday, August 12, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Jika sejak beberapa bulan ini anda mengalami sesak nafas dan sering batuk, mungkin terdapat pokok kacang pis sedang tumbuh dalam paru-paru anda!

Kedengaran seperti ia sesuatu yang lawak, tapi itulah yang berlaku ke atas seorang bekas guru, Ron Sveden. Doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat anak pokok kacang pis sedang tumbuh dalam paru-parunya melalui ujian x-tray.

Menurut doktor tersebut, mungkin biji kacang pis itu telah masuk ke dalam sistem penafasan Ron Sveden ketika memakannya.

BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

"Saya sering batuk," kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

"Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis)," kata Sveden. - Agensi - Kosmo



Lagi gambar..








0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik