8.25.2010

Pekerja Kerajaan Dapat RM500 Sebelum Syawal

Wednesday, August 25, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Berita gembira untuk pekerja kerajaan dan juga pesara kerajaan bagi menyambut aidilfitri yang bakal tiba nanti.

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

2 comments:

moment said...
Wednesday, 25 August, 2010

xadil utk bukan kakitgn awam..

Mr PenyuBiru said...
Wednesday, 25 August, 2010

ko kena bodek bos ko tuk bagi bonus gak aa.kalu tak ko mogok taknak siram pokok betik dia.hehe

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik