8.19.2010

Ngeri! Tukul Melekat Di Dahi Tapi Masih Hidup

Thursday, August 19, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Ngeri! Itulah yang mampu ku katakan bila melihat gambar di atas. Dengan tukul melekat di dahi hampir mengenai mata kiri. Ajaibnya, lelaki di atas masih hidup dan dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Inilah yang dikatakan berpatang maut sebelum ajal.


NANNING, China - Seorang tukang rumah terselamat daripada maut walaupun sebatang penukul melekat di dahinya selepas dia terjatuh dari ketinggian tiga meter di tempat kerjanya.

Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.

Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.

Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi - Sumber Kosmo Online

1 comments:

~~ciklinn~~ said...
Thursday, 19 August, 2010

takootttnyerrrr.... seb baik idup lagi

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik