8.03.2010

Kieron Williamson,Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

Tuesday, August 03, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Siapa sangka hanya dengan berbekalkan bakat melukis, seorang budak lelaki berumur 7 tahun dapat mengumput RM749,903 hanya dalam masa 30 minit. Semuanya berlaku apabila kesemua 33 hasil lukisannya terjual.

hmmm...lepas ni nak suh anak aku berjinak-jinak dengan melukis plak aa. Errr... ada sape-sape nak tempah lukisan anak aku tak? heee... kenyit


HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi sumber : kosmo


Lagi gambar-gambar hasil lukisan dari Kieron Williamson...








sumber gambar : daily mail

1 comments:

SyerAgh said...
Tuesday, 03 August, 2010

nseb baik aku xpndai melukis.. lau x mmg akan dapat beat rekod budak tu.. haha

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik