8.24.2010

Kejam! Buang Kucing Hidup Dalam Tong Sampah

Tuesday, August 24, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Perempuan pertengahan usia di atas atau makcik di atas nampak seperti seorang yang penyayang terhadap binatang. Ketika melalui jalan tersebut, makcik itu terserempak dengan kucing bernama Lola itu dan membelai-belainya. Makcik itu kemudian memerhatikan sekeliling dan dengan tak semena-mena membuka penutup tong sampah yang berada berhampiran dan menghumban kucing tersebut ke dalam tong sampah. Selepas menutup kembali penutup sampah tersebut, dengan selambernya makcik tersebut berlalu pergi dengan membiarkan kucing tersebut mengiau dalam tong sampah yang tertutup itu. Giler ke ape makcik ni. Kucing tu tak buat salah apa pun.

Pemilik kucing Lola, Daryll Mann hanya menyedari kehilangan Lola pada keesokan harinya apabila dia mahu memberi Lola makan. Setelah penat mencari, akhirnya Daryll menjumpai Lola dalam tong sampah tersebut setelah mendengar bunyi Lola. Kesian, Lola terperangkap dalam tong sampah tersebut selama 15 jam!

Daryll sangkakan Lola jatuh sendiri ke dalam tong sampah tersebut tetapi setelah melihat CCTV yang dipasang oleh tuan rumah yang berhampiran tong sampah tersebut memang mengejutkan!

Saksikan video bagaimana seorang perempuan pertengahan usia (makcik) menghumban kucing ke dalam tong sampah...





Inilah pemilik kucing Lola tersebut, Daryll Mann.






sumber : dailymail

4 comments:

Frodo Baggins said...
Tuesday, 24 August, 2010

apa giler makcik ni
monopos ke? sioot betool.
nmpk baik tp oohooooo


>>___<<

aReTikZ said...
Tuesday, 24 August, 2010

Errr.. rasanya makcik tu bru jak putus cinta dengan lelaki tu.. har3x~

soclose2213 said...
Tuesday, 24 August, 2010

makcik tu tention..cian kucing dah la comei..

Mazru Majid said...
Tuesday, 24 August, 2010

is is ishh...x patut..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik