8.16.2010

Christian Owens, Jutawan Muda Berusia 16 Tahun

Monday, August 16, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Remaja lelaki,Christian Owens yang berusia 16 tahun di atas nampak seperti remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Waktu persekolahan, dia seperti pelajar-pelajar lain tapi apabila pulang ke rumah, dia adalah seorang CEO syarikat online nye sendiri. Dan dalam umur 16 tahun ini dia sudah berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta)! Dan kini sudah mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Hebat kan.


Christian Owens mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).





Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace. Konsep Branchr ni sama macam nuffnang, advertlets dan innity.

Christian Owens mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs iaitu pereka iPhone.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs.





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik