8.03.2010

Awas Pengguna Maybank2u ! Teknik Phishing Terbaru!

Tuesday, August 03, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Pagi ni terbaca kat blog raja kamil tentang teknik terbaru phishing emel untuk memerangkap pengguna maybank2u. Aku sendiri pun belum pernah lagi menerima emel sedemikian rupa. Nasib baik dapat mengetahui lebih awal sebab aku memang selalu guna Maybank2u ni. Nasihat aku cuma satu jer, walau apapun keadaannya, walau apapun kandungan dalam emel itu, JANGAN sesekali klik link url yang terdapat dalam emel tersebut. JANGAN !


Salam hormat;

Tadi saya dapat email

Tajuknya :

unauthorised Maybank2u.com 3rd Party Transfer

Saya telah menerima berpuluh-puluh ribu email mengenai transaksi M2U.
Saya juga telah menerima beribu email yang cuba untuk menipu duit akaun bank saya.
Namun, saya ingat pengalaman saya sudah cukup.
Terus terang, saya percaya email itu kerana memang pagi tadi, saya ada membuat berpuluh transaksi.
Cuma, seingat saya, saya tak buat langsung transaksi berjumlah RM300.

Bila nak klik sahaja, saya secara tak sengaja terlihat laman asal laman web yang mana ia
sah-sah bukan milik M2U.

Cuba lihat gambar di bawah.





(klik untuk besarkan)

Modus operandi ini, kali pertama saya hadapi. Kalau perasan, di dalam email, dia bagi link yang sebenar. http://www.maybank2u.com.my/bla-bla

Tapi, sebenarnya, email tersebut dalam HTML yang mana, link itu boleh dimanipulasi.
Contohnya begini.

Saya akan Tunjuk laman google. Tapi, bila anda klik, anda akan ke laman web lain.
Cuba klik link di bawah untuk memahami maksud saya.

Klik Sini : www.google.com

Sebarkan untuk kebaikan sejagat

Saban hari, kita selalu dengar orang kehilangan keseluruhan duit daripada akaun bank mereka.
Kenapa? Kerana masih ramai yang tidak tahu tentang teknik penipuan sebegini.

Tolong sebar-sebarkan untuk kebaikan bersama. Beritahu bos anda, adik beradik anda, mak ayah anda, kawan-kawan anda.

Perkara ini sangat penting, kita penat-penat kumpul duit, orang lain senang-senang curi duit kita.

Grrr…….

sumber : rajakamil.biz



Terima kasih kepada raja kamil kerana info yang berguna ini.





2 comments:

ardinihumaira said...
Tuesday, 03 August, 2010

ha ah memang bahaya... tu kerja orang zalim... sian kepada yang tertipu

relevan said...
Tuesday, 03 August, 2010

Memang terer...segala macam bentuk penipuan yang nak mengena..kita kena waspada selalu..

He he..kome bila duit masuk je kat Maybank..terus saja habis kasi keluar..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik