Percaya atau tidak, sebuah pasar raya di China menyediakan bilik khas untuk anda lepaskan geram! Berita baik untuk wanita di sana tetapi tidak bagi lelaki, kerana bilik khas tersebut hanya untuk wanita sahaja!
Kebanyakkan barang-barang dalam bilik khas tersebut adalah barangan elektrik rumah atau perabut yang terpakai. Mereka boleh memukul barang-barang itu sepuas hati mereka. Dan jangan risau tentang kecederaan kerana mereka juga turut menyediakan topi keledar dan sarung tangan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.
Kat Malaysia ni rasanya tak sesuai kut wujudkan tempat cenggini. Banyak lagi cara lain yang lebih efisen untuk melepaskan tekanan.
Jangan nanti terbawak-bawak sampai ke rumah dan terpukul anak atau suami pula sudahlah.
Kat Malaysia ni rasanya tak sesuai kut wujudkan tempat cenggini. Banyak lagi cara lain yang lebih efisen untuk melepaskan tekanan.
Jangan nanti terbawak-bawak sampai ke rumah dan terpukul anak atau suami pula sudahlah.

SHENYANG - Sebuah pusat beli-belah China di sini menyediakan tempat khas kepada pelanggan wanita untuk memukul pelbagai jenis barang sebagai cara melepaskan kemarahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pusat itu itu yang dibuka baru-baru ini menyasarkan golongan suri rumah.
Pelanggan-pelanggan wanita itu boleh memilih beberapa zon seperti ruang rehat dan bilik tidur untuk memukul barang bagi melepaskan kemarahan dengan kayu besbol.
Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar kolej dan pekerja kolar biru.
Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan menyediakan sarung tangan dan topi keledar bagi memastikan pelanggan tidak mengalami kecederaan.
Antara benda yang dipukul oleh wanita itu ialah televisyen terpakai. - Agensi
sumber berita : Kosmo
Lagi gambar-gambar suri rumah melepaskan geram. TV menjadi objek popular lepaskan geram.



3 comments:
Tuesday, 20 July, 2010
hahahah.. macam-macam la diorang ni kan..
Tuesday, 20 July, 2010
wahhhahaha..ganas ganas...tak patut..haha
Tuesday, 20 July, 2010
beli teddy bear besar...tumbuk kat dinding macam cikgu sin chan
Post a Comment