7.19.2010

Pesta Lebuhraya Di Jerman

Monday, July 19, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,



BERLIN - Seramai tiga juta penduduk berpesta di sebuah lebuh raya di Jerman dengan sebahagian daripada mereka duduk di tepi meja sepanjang 60 kilometer semalam.

Menurut seorang jurucakap festival, Oliver Haenig kehadiran penduduk yang ramai itu adalah untuk meraikan satu pesta kebudayaan di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Dortmund dengan Bochum di barat Jerman.

Pesta kebudayaan yang disambut oleh penduduk itu merupakan sebahagian daripada festival bagi meraikan wilayah Ruhr.

Lebuh raya itu pada kebiasaannya sibuk dengan kenderaan.

Dia berkata, berpuluh-puluh ribu orang duduk di meja yang dianggap oleh pihak penganjur sebagai yang terpanjang di dunia. - Kosmo Online

p/s : Kat Malaysia tak payah buat pesta ni pun takpe, tapi buat pesta satu hari tanpa tol ok gak. hee :D

Lagi gambar-gambar Pesta Lebuhraya Di Jerman..










2 comments:

Suhana Suid said...
Monday, 19 July, 2010

selama 3 thn lebih kt german.. baru tau pesta mcm ni wujud lepas baca entri ni

Hariz said...
Monday, 19 July, 2010

Gilalah...
lau malaysia cam gini?
wajib puas hati

Future Husband

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik