7.15.2010

Harga Ron95, Diesel Naik 5 Sen Mulai Tengah Malam Ini

Thursday, July 15, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


sumber imej : blogdariaku.blogspot.com

Sejak petang tadi berlegar khabar angin di twitter dan facebook. Aku buat tak endah jer. Kemudian, anak saudara aku yang terlibat secara langsung dengan perjualan minyak hantar sms menyatakan minyak RON95 naik malam ni. Kebetulan minyak kereta aku dah E, terus berdesup keluar isi minyak penuh! :D

Tengok Buletin Utama tadi, memang confirm naik 5 sen!

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.

"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

sumber : Berita Harian



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik