7.18.2010

Haram Pakai Jersi Lambang Salib, Imej Syaitan & Jenama Arak

Sunday, July 18, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Dari kiri, logo jersi Brazil, logo jersi Portugal, logo jersi Barcelona, logo jersi Machester United, logo jersi Sweden dan logo jersi Norway. Kesemua logo di atas, ada antaranya mempunyai lambang salib dan imej syaitan.

Menurut Datuk Nooh Gadot dan Tan Sri Harussani Zakaria, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Jadi, kepada peminat-peminat bola beragama islam yang suka memakai jersi pasukan kesukaan mereka, berhati-hati dalam memilih jersi yang hendak di pakai. Minat-minat juga, tetapi agama perlu diutamakan.

hmmm... bagaimana pula dengan kereta jenama Alfa Romeo, Chevrolet yang mana logo pada kereta tersebut jelas mempunyai lambang salib. hmm...


Berita penuh dari Kosmo (18 Julai 2010),


KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.






3 comments:

moment said...
Sunday, 18 July, 2010

kdng2 bole jumpa muslim yg pki jersey tulis "carlsberg" beso2!!

tau la sponser, tp tok sah la pakai..hurmm

Dark Half said...
Sunday, 18 July, 2010

yg bestnya, x rasa bersalah pun pakai buat solat.. mungkin dorg x pasan

HEMY said...
Sunday, 18 July, 2010

bkan apa dark half..aku tak penah buat..tp dulu aku pk..arak haram sebab memabukkan..tp kita just pakai baju yg ada lambang je..

but kalau mmg hukum dh jelas ulama kata haram...kena la akur

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik