7.24.2010

Gambar Darth Vader Rompak Bank di New York

Saturday, July 24, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


NEW YORK - Seorang lelaki yang memakai kostum seperti watak dalam filem Star Wars, Darth Vader merompak sebuah bank di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menggunakan sepucuk pistol berjaya melarikan sejumlah wang.

"Pada mulanya, pelanggan-pelanggan menyangka lelaki itu melakukan gurauan dan ia bukannya satu percubaan serius untuk merompak," kata seorang pegawai polis, Sarjan William Lamb.

Polis kemudian mengeluarkan satu rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan lelaki itu berada di kaunter juruwang dan memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah beg manakala pelanggan-pelanggan bank tersebut duduk di lantai.

Menurut pegawai polis berkenaan, jumlah wang yang dibawa lari masih tidak diketahui kerana semasa berita rompakan tersebut dilaporkan pihak bank masih melakukan pengiraan jumlah wang yang dirompak itu. - Agensi - sumber : Kosmo



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik