7.30.2010

Ahli KWSP Boleh Beli Rumah Bernilai Tinggi

Friday, July 30, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


KUALA LUMPUR - Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum pernah mengeluarkan simpanan mereka di bawah Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP, kini berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya.

Bermula 1 Ogos ini, ia boleh dilaksanakan melalui 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' bagi tujuan untuk membolehkan ahlinya yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, usaha ini adalah untuk menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memberi peluang merealisasikan impian mereka yang mahu memiliki kediaman yang lebih baik buat keluarga menerusi kelayakan pinjaman yang lebih tinggi.

"Skim ini tidak akan menjejaskan simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan daripada KWSP," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Azlan menjelaskan, kemudahan tersebut terbuka kepada ahli yang belum berumur 54 tahun dan ia mesti dibuat bersama-sama permohonan untuk Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP.

Menurutnya, bagi kemudahan tersebut ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' dan diikuti oleh pindahan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut. - sumber : Kosmo Jumaat 30 Julai 2010


p/s : Nampak satu peluang yang menarik tapi perlu baca pandangan pro/kontra dari pakar-pakar dulu.

kredit gambar : rumah123.com

1 comments:

HEMY said...
Friday, 30 July, 2010

wah..menarik..walaupun aku tka paham sangat

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik