6.01.2010

Rombakan Kabinet Malaysia 2010. Kuatkuasa 4 Jun Ini

Tuesday, June 01, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Baru tadi Utusan Online melaporkan yang Datuk Seri Najib telah membuat rombakan kabinet dan telah mengumumkan senarai kabinet barunya petang tadi.

Seperti yang telah ku duga, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari senarai kabinet Malaysia 2010. Mungkin kerana beliau sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam MCA akibat kekalahannya dengan Datuk Chua Soi Lek baru-baru ini. Menteri Pengangkutan baru diberikan kepada Datuk Seri Kong Cho Ha iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Setiausaha Agung MCA.

SENARAI ROMBAKAN KABINET MALAYSIA 2010:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D’cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

sumber : Utusan Online

p/s : Kepada mereka yang nak terlibat dalam temuduga kerajaan, kena hafal semulalah senarai kabinet baru Malaysia. :D

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik