6.01.2010

Rombakan Kabinet Malaysia 2010 Esok?

Tuesday, June 01, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Kabinet Malaysia 2010 bakal mengalami rombakan. Menurut desas desus kemungkinan Najib akan membuat rombakan kabinet petang esok sejurus sebelum beliau berangkat ke Laos.

Kenapa besok? Kerana hari rabu adalah hari di mana jemaah menteri bersidang. Kebiasaannya sebelum kabinet bersidang, Perdana Menteri dijadualkan terlebih dahulu menghadap sembah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebarang perubahan dalam barisan jemaah menteri memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Ada kemungkinan hanya rombakan kecil sahaja.

Beberapa teka teki tentang rombakan Kabinet Malaysia 2010 yang baru tersebut :-

  1. MCA tidak memohon untuk mengubah senarai wakil mereka di dalam kabinet.
  2. Mungkin apa yang bakal berlaku ialah perubahan dari segi potfolio kerana ia adalah prerogatif perdana menteri.
  3. Seorang atau dua menteri dari kalangan Umno akan sama ada bertukar potfolio atau digugurkan.
  4. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang beberapa bulan lalu terpaksa menjalani rawatan yang berpanjangan akan diberikan kementerian yang kurang 'stres'.
  5. seorang menteri kanan akan digugurkan
  6. seorang lagi tenaga profesional sama seperti Idris Jala ke dalam kabinet khususnya untuk mengurus ekonomi dan isu berkaitan subsidi.
  7. nama-nama seperti Ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini sudah pun menjadi timbalan menteri malah Ezam M Noor yang baru sahaja dilantik sebagai senator kemungkinan besar disenarai pendekkan oleh Najib.
  8. pelantikan Datuk G. Palanivel sebagai senator bulan lalu turut menimbulkan persoalan sama ada beliau akan dilantik semula sebagai seorang timbalan menteri.
  9. Terdapat juga desas desus mengatakan dua orang naib presiden MCA yang baru akan turut mengisi jawatan timbalan menteri. Antara yang disebut-sebut ialah Datuk Donald Lim yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai senator.


sumber : mStar Online

3 comments:

LORD ZARA 札拉 said...
Tuesday, 01 June, 2010

nasib baik dah lepas interview~

kalau tak, pitam nak hafal semula nama2 ni~

he he he~

redriben said...
Tuesday, 01 June, 2010

bagus jugak rombak nih. letakkan org yg pandai berfikir mcm Mahathir utk teraju penyelesaian isu subsidi ni. dah naik jemu and tepu dah isu nih..

risanur said...
Tuesday, 01 June, 2010

Kementerian risa pun takde timb.menteri...adakah salah saorang yg dikatakan di atas akan menjadi timb.menteri kementerian kitorang....kita tengok sajelah...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik