6.01.2010

Orang Lain Jom heboh, Mereka Jom Ragut

Tuesday, June 01, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh tersungkur ke tanah jua. Apabila berita penangkapan ini didedahkan, baru aku tau rupanya ada sindikit yang meragut pengunjung yang datang ke karnival Jom Heboh. Terpikir aku macamana mereka ini meragut.

Difahamkan modus operandi mereka adalah mengunjungi karnival-karnival yang besar seperti Jom heboh. Mereka bergerak secara kumpulan. Sasaran mereka adalah kanak-kanak yang memakai barang kemas. Salah seorang dari mereka akan melanggar ibu atau bapa kanak-kanak itu dan seterusnya berpura-pura meminta maaf. Dalam masa yang sama seorang lagi geng peragut tersebut bertindak pantas memotong barang kemas yang dipakai kanak-kanak tersebut dengan pemotong. Setelah barang kemas itu berjaya dipotong, dengan pantas peragut itu menyerahkan barang kemas tersebut kepada kawannya yang lain pula yang sedia menunggu dan terus beredar dalam lautan orang ramai. Mereka ini mempunyai kepakaran memotong barang kemas dengan pantas walaupun ketika berjalan. Hebat!


So kepada mereka yang mempunyai anak perempuan dan memakai barang kemas. Berhati-hatilah.

Petikan berita dari Utusan Malaysia (Online) 1 Jun 2010,

KANGAR 31 Mei - Sekumpulan lelaki dan wanita ini sanggup datang jauh dari Sabah semata-mata untuk menghadiri Karnival Jom Heboh yang diadakan di seluruh Semenanjung.

Namun kumpulan yang terdiri daripada 12 lelaki dan 13 wanita, berusia antara 18 dan 46 tahun ini bukan untuk berhibur tetapi bagi tujuan meragut.

Itulah dilakukan oleh mereka yang menjadikan tempat tumpuan awam sesak seperti karnival tersebut sebagai lokasi melakukan jenayah itu.

Namun tindakan itu akhirnya terbongkar apabila polis menahan mereka di tapak karnival terbabit dan serbuan di sebuah hotel di sini, kelmarin dan semalam.

Empat daripadanya ditahan di tapak karnival itu kelmarin, manakala bakinya di hotel berkenaan yang dijadikan tempat untuk mengumpul hasil ragut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 11 utas rantai tangan serta kaki, loket (14 unit) rantai leher (39 utas) dan 80 gram emas bernilai RM26,500 dirampas.


Katanya, selain itu satu alat penimbang barang kemas, kalkulator dan kanta pembesar yang disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut.




Menurutnya, siasatan mendapati ahli kumpulan terbabit menyasarkan kanak-kanak yang memakai barangan kemas seperti gelang dan rantai.

"Suspek kemudian akan 'melanggar' ibu atau bapa kanak-kanak itu sebelum berpura-pura meminta maaf. Ketika itu, seorang rakan suspek bertindak memotong barang kemas milik anak mangsa dengan gunting.

"Suspek lalu mengedarkannya (barang kemas) kepada rakan lain sebelum mereka melarikan diri.

"Ahli kumpulan itu memiliki kemahiran memotong barang kemas dengan pantas, malah sewaktu mangsa berjalan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam tadi.

Ghazali berkata, polis percaya tiga daripada mereka yang ditahan merupakan pembeli dan dalang kegiatan jenayah tersebut.

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.




1 comments:

redriben said...
Tuesday, 01 June, 2010

uieh.. yeke.. saya dh la peminat barang emas nih.. adui nasib tak beminat nk ke karnival2 besar cam nih

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik