6.05.2010

MV Rachel Corrie Ditawan Israel ??

Saturday, June 05, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Benarkah MV Rachel Corrie yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sudah ditawan pihak Israel?

Jika merujuk media online (Utusan Malaysia, Berita Harian, mStar Online) , semuanya memberikan maklumat bercanggah. Ada yang mengatakan Rachel Corrie sudah ditawan dan ada yang mengatakan Rachel Corrie bakal tiba di Gaza jam 2 petang ini waktu Malaysia. Tak tahu mana satu yang betul. Diharap MV Rachel Corrie tiba ke destinasi dengan selamat.

SMS Mathias sebelum kapal Malaysia ditawan Israel

05/06/2010 2:25pm

KUALA LUMPUR 5 Jun - Berikut adalah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Utusan hari ini daripada salah seorang daripada dua anggota Malaysian Perdana Global Peace Organisation (PGPO) , Mathias Chang di atas kapal MV Rachel Corrie.

9.30 pagi (waktu Malaysia) - Tiga boat tentera Israel kini mengekori kapal MV Rachel Corrie.

10.30 pagi - Boat-boat tentera Israel memecut ke arah kapal kami. Kami diminta bertenang

10.35 pagi - Mereka (tentera Israel) telah menyekat radar kami.

Itu merupakan kali terakhir kapal MV Rachel Corrie dapat dihubungi. - Utusan




2 comments:

~kuyam~ said...
Saturday, 05 June, 2010

susah amat nk dptkan update terkini dari mereka...isk..apa pun doakan supaya misi mereka berjaya.Aminnn...

natsumiDyla said...
Saturday, 05 June, 2010

semoga Allah melindungi mereka..amin~

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik