6.22.2010

Kucing Dalam Enjin BMW

Tuesday, June 22, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Percaya atau tidak, seekor kucing dijumpai berada dalam ruang enjin sebuah kereta BMW milik Paul Smith. Terjumpanya kucing tersebut terjawablah misteri bunyi pelik yang muncul setiap kali BMW tersebut dihidupkan.

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi





2 comments:

Hapiz Rahman said...
Tuesday, 22 June, 2010

amik bela je.. huuhuh

DuniakuAbstrak said...
Tuesday, 22 June, 2010

haha seb baik anak kucing..kalau anak kambing barai enjin..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik