6.02.2010

Kawasan letak kereta Stesen LRT Gombak ditutup sementara

Wednesday, June 02, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Petaling Jaya, 1 Jun 2010:- Pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang akan menyediakan lebih 1,200 petak letak kereta di Stesen Gombak akan bermula 3 Jun ini.

Berikutan itu, kawasan letak kereta Stesen Gombak akan ditutup sementara untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta bertingkat dijalankan.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Ebi Azly Abdullah berkata penutupan kawasan letak kereta ini perlu bagi membolehkan kontraktor memulakan kerja-kerja membina tempat letak kereta baru bertingkat.

Pembinaan letak kereta bertingkat ini dijangka memakan masa selama setahun dan bakal menyediakan 1,260 petak letak kereta berbanding hanya 351 ruang sedia ada.

Sepanjang tempoh penutupan, kemudahan tempat letak kereta sementara akan disediakan berhampiran dengan tempat letak kereta sedia ada.

Ebi berkata pembinaan tempat letak bertingkat ini adalah salah satu usaha Prasarana untuk menaiktaraf infrastruktur di stesen-stesen LRT dengan menyediakan lebih banyak ruang letak kereta bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat.

Ketika ini, RapidKL menyediakan lebih 3,000 petak letak kereta di 18 stesen LRT. Stesen Paramount dan Stesen Kelana Jaya merupakan dua stesen yang melaksanakan sistem Park & Ride yang menggunakan kad Touch 'n Go sepenuhnya.

sumber : rapidkl.com.my




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik