5.30.2010

Wanita Campak & Pijak Bayi. Giler!!

Sunday, May 30, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:



Terkejut dan giler! Itulah yang berada dalam fikiran aku tatkala membaca berita wanita pijak bayi di kosmo online. Adeh! macamana tergamak wanita tersebut lakukan sedemikian rupa. Hanya orang giler jer buat begitu.

Petikan Kosmo ( 30 Mei 2010, Ahad )

ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.

Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.

Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. - Agensi


Lagi gambar-gambar kejadian wanita pijak bayi.






sumber gambar : www.whatsonxiamen.com


4 comments:

r-mean said...
Sunday, 30 May, 2010

kejam..gila ape?

masturah idrus said...
Sunday, 30 May, 2010

sungguh jahil. nak baling batu kat dia boleh? sebelum tu, saya nak bayi tuh... ngek!

Syira ITIK KEJ♥M said...
Sunday, 30 May, 2010

ini zalim namenye, bukan kejam. kejam hanya untuk itik kejam.

tibe-tibe nak baling2 bayi, aku baling hang ngan bekas dadih baru hang tau!

deena farhana said...
Sunday, 30 May, 2010

gile macik neh..kalo xcuri sgguh hset tu, xyah la baling budak..ni ketara sgt dia curi..bengong!

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik