5.18.2010

Video Seks Ustazah & Ratu Cantik USA Seorang Islam

Tuesday, May 18, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Tajuk berita "Adegan seks ustazah di asrama pelajar" dan "Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA" menarik perhatian ku untuk mengulas mengenainya.




KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit. - Kosmo


Adeh! apa sudah jadi dengan dunia sekarang. Di sebalik kita didedahkan dengan maksiat golongan remaja, buang bayi dan pelbagai lagi, rupa-rupanya orang yang bertanggungjawab membimbing remaja mendalami agama islam di sekolah juga turut terjebak dalam kemaksiatan. Macam mana tu. Di kelas mengajar agama, menyuruh pelajar menjauhi maksiat, bercakap berdegar-degar agar menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya, tapi diluar kelas melakukan perbuatan keji. Aduh! sedih aku.

Timbul persoalan. Adakah wanita dalam video tersebut benar-benar seorang ustazah atau media sahaja bikin gempak labelkan wanita tersebut seorang ustazah hanya kerana wanita tersebut berjubah. Kekadang media memang suka mensensasikan berita.

Tapi tak kiralah wanita tersebut ustazah atau tidak, janganlah mencemar nama baik ustazah atau wanita yang berjubah dengan melakukan perbuatan tak senonoh tersebut. hmmm..

Dalam artikel lain pula, Rima Fakih menjadi wanita islam pertama mendapat gelaran Ratu Cantik USA (Miss USA). Ini bukan pertandingan Ratu Tudung USA ke ape, tapi memang pertandingan Ratu Cantik yang memerlukan peserta memperagakan pakaian renang yang hanya bercoli dan berseluar dalam.

Jika dilihat latar belakang keluarganya, keluarganya telah mencampuradukkan dengan mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian. Jika sudah mengamalkan agama lain maknanya sudah boleh dikategorikan murtad. Jadi aku rasa tidak sesuai atau tidak patut mengaitkan Rima Fakih ini dengan islam. Kan elok letak wanita arab lebanon pertama ratu cantik USA atau wanita dari arab pertama ratu cantik USA. Dengan itu takdelah orang berpersepsi yang bukan-bukan tentang islam.





LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi- Kosmo




6 comments:

Bro Framestone said...
Tuesday, 18 May, 2010

sama entry cam di blog ku.cuma lambat di auto publish kan

mne nk download aksi tue ek

BroFramestone Blog

MX said...
Tuesday, 18 May, 2010

ape nak jadi...
ish3...

Fitrihadi.com said...
Tuesday, 18 May, 2010

erm masing2 kena beringat..buang yang keruh ambik yang jernih.. nauzubillah...


- - -
Rakyat Malaysia Mempunyai Minda Kelas Ke-3 Dan Mudah Dipengaruhi???

Yunus Badawi said...
Wednesday, 19 May, 2010

Mencemarkan nama Islam. Nyampah betul aku...

MakTEH said...
Wednesday, 19 May, 2010

menci tgk entri nih. huhu. hehe! empunya carba marba , bukan slh kamu.

cepat tukar entri laen.

SyAmSuL AnUaR said...
Wednesday, 19 May, 2010

ape nk jd zaman skrg ni....

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik