5.08.2010

"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

Saturday, May 08, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Tadi tengok Berita 1:30 kat TV3. Kereta Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor yang dicuri tempoh hari telah dijumpai. Kereta tu ditinggalkan pencuri kereta kat Prima Damansara (dekat ngan tempat aku ni), masih dalam keadaan baik dan tiada apa² yang hilang.

Yang aku nak ketawanya adalah, pencuri tu siap tinggalkan nota kat kereta tu. "Sorry PDRM Tersilap Sapu". hehehe... lawak lah plak.

kredit gambar : ondscene

Petikan berita penuh dari MStar Online,


PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu."

Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).



4 comments:

BudakHitam said...
Saturday, 08 May, 2010

macam2 konflik polis selangor..tapi kalau kes kereta ni setel sebelum kes aminul memang hampeh..jadi isu la..haha

aim-a said...
Saturday, 08 May, 2010

aduhai...pencorik oh pencorik...

meorazor said...
Saturday, 08 May, 2010

haha..pecurik yang berkaliber.tak curik kete polis

MakTEH said...
Sunday, 09 May, 2010

hahahaha! mengong nye pencurik!

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik