5.26.2010

Pakai Seluar Ketat Dapat Skirt Panjang

Wednesday, May 26, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Tertarik aku dengan pendekatan yang digunakan oleh Ketua Daerah Aceh Barat. Beliau menyerahkan 20,000 skirt panjang kepada Polis Syariah untuk mereka berikan kepada wanita-wanita yang berpakaian melanggar etika pakaian Muslim. Ini bermakna jika ada perempuan yang memakai seluar ketat atau mencolok mata, Polis tersebut akan memberikan mereka skirt panjang untuk perempuan tersebut pakai pada masa tersebut jugak.

Dan aku tertarik juga dengan kata-kata Ketua Daerah Aceh Barat tersebut,

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.



Polis agama diberi 20,000 skirt


FATIMA berbalah dengan seorang anggota polis agama selepas dia diminta menukar seluar jean yang dipakainya dengan skirt panjang di Kampung Lambalek, Aceh Barat semalam.


MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam. - AFP


sumber : kosmo





3 comments:

Bro Framestone said...
Wednesday, 26 May, 2010

itu yang terbaik...
kalu wat kat malaysia sure ramai yang akan mempersoalkan.

ada pihak pulak yang membisu..

BroFramestone Blog

[ chentatiku ] said...
Wednesday, 26 May, 2010

pemimpin sendiri tak kuat nak buat perubahan kearah negara islam yg sebenar..buat org lain konfius je.negara islam, tapi.......

masturah idrus said...
Wednesday, 26 May, 2010

hebat....

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik