5.14.2010

Dulu Sejadah, Kini Telekung Pula Duduk Seperti Solat

Friday, May 14, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,



Dulu heboh pasal sejadah berdiri, sejadah bangun, sejadah duduk seperti orang bersolat. Sekarang timbul kejadian baru pula, telekung pula duduk seperti orang bersolat. Apakah makna semua ini, tidaklah diketahui. Samaada ia kebetulan, dibuat-buat atau pertunjuk dari Allah, sama-samalah kita fikirkan. Yang pasti, siapa yang tak solat lagi tu (orang islam), pergilah solat cepat². Tak malu ke? Sejadah & telekung pun tahu solat. :D

Petikan dari Kosmo,

PORT DICKSON - "Selepas memakai kain sarung saya terkejut melihat telekung yang sebelum ini dalam keadaan berlipat, telah duduk seperti orang sedang bersolat."



Demikian cerita seorang ibu tunggal, Azizah Jalil, 61, ketika hendak bersolat Asar di rumahnya di Bandar Sunggala di sini pada pukul 5 petang Selasa lalu.

Sebelum itu menurut Azizah, pada sebelah malamnya, dia bermimpi berada di sebuah tanah perkuburan Islam di Mekah sebelum menunaikan solat di Masjidil Haram.

"Sejak kejadian itu, saya tidak berani untuk mengusik atau mengalihkan telekong ini. Mungkin ini satu petunjuk daripada Allah dan saya tidak tahu kenapa saya dipilih untuk mengalaminya," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik