5.28.2010

De' Putih Antara Produk Kecantikkan Yang Dirampas

Friday, May 28, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Bagi mereka-mereka yang menggunakan produk kecantikkan jenama De'Putih terutamanya wanita, sila ambil perhatian.

Produk De'Putih didapati mengandungi toksin hydroquinone yang mana boleh mendatangkan kesan sampingan.



Jika dilihat pada label produk De'Putih tersebut, jelas dinyatakan tiada kesan sampingan, tiada hydroquinone dan diluluskan oleh KKM serta mempunyai logo halal. Setelah disiasat, semua yang dinyatakan pada label tersebut satu pun tidak sah. Produk ini diimport terus dari Filipina.

Selain dari produk De'Putih,terdapat juga beberapa produk kecantikkan jenama lain yang dirampas.

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
3- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin
4 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin


Info tentang HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan HYDROQUINONE

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.


Info tentang TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

Kesan Sampingan TRETINOIN

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

Sumber berita : blog ondscene





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik