5.17.2010

Adeh! Kelakar Pula Baca Berita Ini

Monday, May 17, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Kekadang berita yang serius pun boleh buat anda ketawa. Dengan tajuk "Wanita khalwat lari dari JAIM" di kosmo online, pada mulanya aku menyangka hanya cerita biasa. Biasalah orang buat salah melarikan dirikan. Tapi bila baca cerita penuhnya, aku tak dapat menahan ketawa.

Sudahlah ditangkap dengan kesalahan berkhalwat, melarikan diri ikut siling bangunan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Selepas dah berjaya keluar dari bangunan tersebut, melarikan diri dengan memandu MPV Toyata Avanza milik pegawai JAIM. Dan yang melakukan semua itu adalah seorang wanita!

Yang membuat aku tak tahan nak gelak adalah wanita tersebut berjaya diberkas ketika sedang mencuci Avanza tersebut di rumahnya, 1 hari selepas itu.

Hehe..diorang cekup tepat pada masanya. Sekurang²nya pegawai tu tak payah basuh dah Avanza dia tu.hehe..




DI BANGUNAN inilah seorang gadis yang ditangkap khalwat melarikan diri melalui siling tingkat satu JAIM di Bukit Palah, Melaka Jumaat lalu.

MELAKA - Seorang wanita yang ditahan berkhalwat dengan kekasihnya di Bukit China di sini Khamis lalu nekad melarikan diri melalui siling tempat dia ditahan di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Bukit Palah pada pagi Jumaat.

Selepas berjaya keluar dari bangunan itu, wanita yang berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan Toyota Avanza milik seorang pegawai JAIM yang bertugas pada malam itu.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu tidak ke mana apabila dia dicekup semula pada pukul 9 pagi Sabtu lalu oleh sepasukan polis di rumahnya di Kampung Gadek, Alor Gajah.

Ketika dicekup, wanita yang bekerja sebagai penjual telefon itu sedang mencuci kereta Toyota Avanza yang dilarikannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, wanita yang ditahan di sebuah bilik di tingkat bawah bangunan itu disedari melarikan diri pada pukul 5.30 pagi ketika pegawai JAIM yang menjaga pusat tahanan tersebut keluar minum.

"Dari bilik itu wanita itu panjat siling dan dapat keluar dari bilik itu sebelum mengambil kesempatan melarikan diri dengan kenderaan Toyota Avanza milik pegawai yang keluar minum," kata beliau di sini semalam. - sumber Kosmo Online


6 comments:

StingRay said...
Monday, 17 May, 2010

gila lah....siap cuci tak boleh blah tu.hahahahhaa...


err..kekasih lelaki dia apacrita?

mesti tutup muka sebab awek dia lagi terer.

ahaha..

edda(",) said...
Monday, 17 May, 2010

hahaha.. budget cuci kereta tuh tak kene cekup la tuh.. hahaha.. bunguks~

Nadya ©™ said...
Monday, 17 May, 2010

Wahh..macam da biasa kena tangkap jek pompuan ni..
urps..ta baek tuduh²

Yg ta bleh blah,siap basuh lagi tu..HAHAHA

simple like A.B.C. said...
Monday, 17 May, 2010

die nk bodek pegawai JAIM kot

Jard The Great said...
Tuesday, 18 May, 2010

hahaha.. adehh.. lawak beb

Adeqq said...
Thursday, 20 May, 2010

xleh blah siap basuh! mmg lawakk!

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik