4.05.2010

My Favourite Sport

Monday, April 05, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

My Favourite Sport atau sukan kegemaranku.

Sebenarnya banyak sukan yang aku suka. Ye la, siapa yang tak suka sukan. Aktiviti bersukan kan baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Tapi dalam banyak-banyak sukan tu, ada beberapa sukan yang aku sangat suka.Antaranya badminton (bedminton juga kenyit) , futsal, dan sepak raga.

kredit : docdingley.com

Badminton
Ini sukan yang paling aku suka. Sekali seminggu aku dan kekawan akan main badminton pada waktu malam. Biasanya kami bermain setiap hari isnin. Dengan dewan badminton yang disediakan percuma dekat tempat aku tinggal ni, ditambah pula ada ramai "kaki" yang suka main badminton, jadi dapatlah aku bersukan setiap minggu dengan konsisten.


kredit : inloughborough.com

Futsal
Futsal pula jarang-jarang sekali. Sebab futsal memerlukan ramai orang, paling kurang kalu dapat kumpulkan 8 orang , dah boleh main dah. Tapi tu lah masalahnya, bukan senang nak dapat kumpulkan 8 orang dan sebab tu jugalah aku jarang bermain futsal. Tapi sekali dapat main, memang bermandi peluh aaa. Keesokkannya badan sedar jer.


kredit : malaysiameriah.blogspot.com

Sepak raga
Sepak raga ni kiranya adik beradik sepak takraw cuma ia dimainkan dalam bulatan dan tidak memerlukan jaring atau net. Dulu masa zaman pelajar dulu selalulah aku main sukan ni. Petang-petang aku akan bermain bersama rakan-rakan serumah sewa denganku dan kitaorang akan bermain di depan rumah. Tapi sekarang dah lama tak main. Tak cukup "kaki". huhu..

Sesuatu yang seronok dalam permainan di atas ialah kita dapat luangkan masa dengan kekawan dan 'had fun' bersama-sama.

Dan semua sukan yang aku mainkan diatas memang hasilnya bermandi peluh. Memang itulah tujuan utamanya bersukan. Untuk mengeluarkan peluh dan toksin dari badan dan seterusnya menyegarkan badan kita.

Kehidupan aktif sebegini tentulah memerlukan produk penjagaan diri yang sesuai untuk memastikan diri kita sentiasa segar dan bergaya. Antara produk penjagaan diri yang sesuai adalah rangkaian produk Adidas. Ada Deodorant Action 3, ada shower gel, ade syampu, ade bedak, ada perfume. Pendek kata, semua produk tuk penjagaan diri terdapat dalam rangkaian produk penjagaan diri dari Adidas ni. Ia memastikan anda segar sentiasa walaupun selepas penat bersukan. Harga pun berpatutan.


Anda patut cuba sebab ia akan menampakkan diri anda cool dan segak bergaya! Produk untuk perempuan pun ada untuk memastikan anda juga cool dan menawan disisi pasangan anda! kenyit


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.






4 comments:

ice♥ice said...
Monday, 05 April, 2010

ak plg suke badminton..yarh ~ :)

Azuan said...
Monday, 05 April, 2010

dah lama tak main sepak raga huhuu

ezzati said...
Monday, 05 April, 2010

ternyata aku punya lagi best!!!reason: sbb ada gamba aku yg hot!!!

Finaz said...
Tuesday, 06 April, 2010

ahahaha aok pun minat Bedminton gak hehe..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik