4.22.2010

My Dream Destination

Thursday, April 22, 2010 by Mistaken Identity ·
Labels:

Jika hendak senaraikan destinasi impian aku, memang banyak. Semua tempat nak pergi. Kalau boleh semua tempat yang tersenarai dalam jadual penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) aku nak pergi. Hehe..

Kata orang memasang angan-angan memang mudah tapi untuk merealisasikannya tidak semudah yang diangankan. Untuk itu, destinasi impian aku (yang aku rasa mampu direalisasikan dalam tahun ini InsyaAllah) ialah melancong ke Universal Studio Singapore!



Buat apa pergi jauh hingga ke Hollywood mahupun Japan jika kita mempunyai pilihan yang terdekat. Lagipun jika memilih tempat yang jauh tentu memakan kos yang tinggi. Kan lebih baik dengan kos yang sama kita dapat membawa seramai yang mungkin ke tempat yang sama juga Cuma lebih dekat. Lagipun pergi ke tempat seperti Universal Studio, lagi ramai lagi meriah. Lagi ramai ahli keluarga yang turut serta lagi meriah dan seterusnya menambahkan lagi hubungan antara sesama ahli keluarga.

Universal Studio memang sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Dari yang kecil hingga dewasa. Setiap dari mereka tentu mempunyai watak dari Universal Studio idaman mereka. Tentu seronok apabila melihat anak-anak teruja bergambar dengan watak superhero kesayangan mereka.



Semua ini dapat direalisasikan dengan cepat dan mudah dengan MasTraveller.com ! Banyak tips-tips tempat perlancongan menarik terdapat di laman MasTraveller.com. Harga tiket yang ditawarkan juga menarik dan tertarik dengan pakej yang begitu menjimatkan. Dengan MasTraveller.com, anda tidak akan pening kepala lagi memilih destinasi impian anda. Selamat bercuti-cuti ke seluruh Negara! :D



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

2 comments:

Jard The Great said...
Thursday, 22 April, 2010

hehehe.... idea kita sama

Mr PenyuBiru said...
Thursday, 22 April, 2010

haha..sama lah plak. aku lihat entri ko tiada video PAS2. tak ikut requirement tu.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik