4.27.2010

Koc Komuter Pink Untuk Wanita Sahaja Bermula Esok

Tuesday, April 27, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Perhatian untuk penumpang komuter berjantina lelaki, anda tidak dibenarkan memasuki gerabak komuter yang ditampal pelekat berwarna merah jambu pada tingkap dan pintu komuter kecuali jika anda berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka.

Untuk penumpang wanita pula, anda boleh masuk mana-mana gerabak yang anda suka termasuk gerabak khas untuk anda.




KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA

sumber berita : mStar

3 comments:

Azlan said...
Wednesday, 28 April, 2010

aku suka benar ngan langkah camni..bru terasa duk kt negara orang islam sket2..

Jerinho said...
Friday, 30 April, 2010

ok la tu... saya cadangkan "negeri khas" utk wanita pula. amat berkesan utk menurunkan kadar jenayah indeks di malaysia ni

Jard The Great said...
Friday, 30 April, 2010

bagus.. heeeee

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik