4.25.2010

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Sunday, April 25, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94 - P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. (Berita Harian)





9.13pm KEPUTUSAN RASMI. BN menang Parlimen Hulu Selangor - calon BN, P Kamalanathan (24,997 undi); Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 undi, majoriti 1,725 undi kepada BN.

9.08pm Selepas 132 saluran peti undi: (lagi 5 peti undi yang tinggal)

BN: 23,978

PKR: 22,591

Majoriti: 1,387 (BN)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat penjumlahan undi, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, jam 9.06 malam tadi.

9.05pm Selepas 131 saluran peti undi: (lagi 6 peti undi yang tinggal)

BN: 23,835

PKR:22,268

Majoriti: 1,567 (BN)

8.50pm Selepas 121 saluran peti undi: (lagi 16 peti undi yang tinggal)

BN: 21,617

PKR: 20,582

Majoriti: 1,035 (BN)

8.42pm
Selepas 101 saluran peti undi:

BN: 17, 454

PKR: 17,335

Majoriti: 119 (BN)

8.31pm Selepas 80 saluran peti undi

BN: 12,961

PKR: 14,134

Majoriti: 1,173 (PKR)

(sumber : Berita Harian)

8.20pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

8.12pm: Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor. Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.


8 malam: Selepas 61 peti undi diterima, PKR memperoleh 10,726 undian, BN 9,194.

7.40ptg

Tidak rasmi: PKR 9,133 BN 7,261 pada 7.12 malam

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

___________________________________________________

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR


PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239



6.50ptg Undi Pos Berpihak BN Majoriti 647 Undi. Keputusan undi pos pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor memihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti 647 undi.

BN memperoleh 767 undi sementara Parti Kedilan Rakyat (PKR) mendapat 120 undi. Jumlah kertas undi rosak 152 undi.

5:00 Petang: Semua pusat pengundiaan ditutup secara rasmi.

4.30ptg: Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.

4ptg: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan awan hitam kelihatan di pekan Kuala Kubu Bahru.

3.39ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

"22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.

2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.

2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.15ptg: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di ibupejabat polis daerah Kuala Kubu Bahru bahawa sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan "kaki judi" "lumba kuda" - merujuk kepada calon PKR.

12:30 Petang: Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan halangan di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau 38.21 peratus.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal meninjau pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

11:25 Pagi: Bekas calon bebas, VS Chandran tiba beri sokongan kepada BN di pusat mengundi SMK Ampang Pecah.10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.

Beliau melawat khemah BN yang terletak di seberang jalan pusat pengundiaan.

Muhyiddin turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang memakai baju-T hitam 'Pemuda Umno' memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.

10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.


kelihatan penyokong BN menunjukkan flyer gambar Zaid minum arak.



10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada di SRJKC Khing Ming - kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.

10:34pagi: Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan 'pondok panas' tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.

10.22am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN.

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan 'lucah' terhadap at Pakatan.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.


7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanapun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.


Proses pengundian bagi kira-kira 63,700 pemilihberdaftar di kawasan kerusi Parlimen Hulu Selangor telah bermula pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan di beberapa pusat mengundi mendapati jumlah pengundi yang mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka masih berkurangan.

Bagaimanapun, dijangkakan jumlah itu akan bertambah menjelang pukul 9 hingga 10 pagi nanti.

Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang.

Kira-kira 799 pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan beliau akanditentang calon PKR yang mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun kedua-dua calon berkenaan bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor.

Pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 48 pusat mengundi iaitu di 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai untuk memilih calon wakil rakyat mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam ini.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratusadalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratusIndia dan kira-kira 1,000 Orang Asli.



PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi

Terdahulu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat pagi ini yang turut dihadiri bersama-sama ahli lembaga pengarah suruhanjaya itu untuk menetapkan tarikh tersebut.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berkata, SPR bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus dan tujuh Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya bagi menjalankan pilihan raya kecil itu.

Pegawai Pengurus ialah Tuan Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Katanya, ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 3(c) Akta Pilihan Raya 1958.

SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan kali ini ialah Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Abdul Aziz memberitahu, daftar pemilih itu bagi P.094 mengandungi 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 709 pemilih pos.

“SPR telah memutuskan untuk menggunakan Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Bagi urusan pengundian pos pula, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Sebanyak 48 pusat mengundi dibuka dengan melibatkan 47 sekolah dan sebuah dewan orang ramai manakala terdapat 136 tempat mengundi (saluran). Seramai 1,343 petugas SPR terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil ini.

sumber : mStar

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diketahui pukul 11 malam, kata SPR

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diketahui jam 11 malam - SPR


Semua sumber kandungan dalam artikel ini datang dari laman Malaysiakini.com, mStar Online & Berita Harian Online. Thanks! peace

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik