4.09.2010

Kejadian Ragut Dirakam Melalui CCTV

Friday, April 09, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Tengok Buletin Utama tadi, ada kejadian ragut depan rumah. Kejadian ragut tu berjaya dirakam CCTV yang terdapat di depan rumah tersebut. Ganas betul peragut tu, sanggup panjat pagar masuk dalam kawasan rumah dengan membawa parang. Memang ganas. Diorang ni memang tak takda sifat perikemanusian dalam diri mereka.

Aku masih tak jumpa lagi video CCTV tu, tapi aku jumpa video CCTV yang lain yang merakamkan kejadian ragut di beberapa tempat.



Video ni merakamkan kejadian ragut di sebuah stesen minyak. Memang tak sangka yang motor tu akan sambar handbag perempuan tu.





Video ni merakamkan kejadian ragut di stesen minyak jugak. Peragut tu meragut ah so dalam kedai. CCTV tu hanya merakam kejadian yang berlaku di depan pintu sahaja. Video ni berdurasi panjang, kejadian ragut tu berlaku hampir di hujung video ini.





Kejadian ragut di sebuah kedai runcit. Seorang makcik yang menjaga kaunter. Kedai pula sunyi. Memang membuka peluang untuk kejadian ragut. Walaupun terdapat CCTV, tapi seolah-olah mereka tak takut dengan CCTV. Sebab jika anda lihat video ini, muka peragut pun anda tak nampak.






Semoga selepas menonton video di atas, kita lebih berhati² selepas ini. Kejadian meragut ni tak kira mangsa dan tak kira tempat. Jika kita alpa, kitalah mangsanya nanti. Semoga dijauhkan.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik