KUALA LUMPUR 25 Mac — Kerajaan bersetuju untuk membayar elaun bulanan sebanyak RM200 kepada kira-kira 33,000 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tugas-tugas am.
Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian elaun itu akan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM84 juta setahun.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan berita baik bagi para anggota polis berpangkat Konstabel hingga Koperal yang akan menikmati kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Melalui pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun perkhidmatan, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun, katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini. - Bernama
PM umum elaun bulanan RM200 kepada polis
KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan elaun bulanan RM200 kepada 33,000 anggota dan pegawai tugas khas sempena hari polis ke-203.
Kerajaan akan memperuntukkan RM84juta untuk tujuan itu. - Utusan
PM umum kenaikan pangkat
KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan bersetuju menaikkan pangkat anggota polis berpangkat konstable kepada lans koperal selepas tiga tahun dan lans koperal kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Hari Polis ke-203 hari ini. - Utusan



0 comments:
Post a Comment