3.17.2010

Papan kekunci maya atau Virtual Keyboard

Wednesday, March 17, 2010 by Mistaken Identity ·
Labels:


Satu teknologi yang baru diperkenalkan baru-baru ini berjaya menarik ramai apabila anda boleh menukarkan kulit di badan atau tangan anda menjadi skrin sesentuh atau papan kekunci maya.
Menarik bukan? Teknologi yang dikenali sebagai Skinput itu dibangunkan oleh Chris Harrison, pelajar doktor falsafah dari Institut Interaksi Manusia-Komputer di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Harrison berkata, walaupun saiz barangan elektronik semakin kecil sehingga boleh dipakai seperti pakaian tetapi kita masih bergantung kepada skrin dan papan kekunci yang besar untuk menggunakan alat itu.


"Ini menjejaskan tujuan asal gajet kecil itu dibangunkan," katanya.
Bagaimanapun, Harrison dan kumpulannya telah berjaua memperkenalkan perisian pengesanan impak dan akustik yang mampu menukarkan kulit atau tangan menjadi papan kekunci dan juga papan sesentuh jika anda memakai projektor pico dilengan anda.
Beliau berkata, sebelum ini, kajian menggunakan meja dan dinding sebagai skrin sesentuh tetapi disebabkan gajet terkini sangat kecil dan sentiasa dibawa ke mana-mana, kadang kala agak sukar untuk mendapatkan permukaan yang rata.
"Jadi menggunakan kulit sendiri merupakan penyelesaian yang paling praktikal kerana ia sentiasa bersama kita," katanya sambil menambah kita boleh menggunakan permukaan berkeluasan dua meter persegi yang mudah dicapai seperti di lengan, peha dan badan.
Beliau menggunakan gabungan bunyi yang berlainan yang terhasil daripada sentuhan di berlainan tempat seperti di jari, lengan atau tangan dan kemudian menggabungkan bunyi itu menjadi fungsi komputer.
Kelebihan sistem ini juga ialah anda boleh mengoperasikan komputer, telefon bimbit atau pemain MP3 dengan mudah walaupun ketika bergerak seperti berlari kerana anda hanya perlu menyentuh bahagian-bahagian tertentu seperti hidung, telinga dan sebagainya.


sumber : utusan online

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik