3.24.2010

Najib umum inisiatif jalur lebar

KUALA LUMPUR 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif-inisiatif berikut sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.

1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.

3. E-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

4. Liputan selular awam di mana 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.

5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.

6. Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20. - Bernama

sumber : utusan online



1 comments:

Finaz said...
Thursday, 25 March, 2010

baguih, baguih..M'sia dah sgt ketinggalan bab2 tech nih..it's a gud start anyway!

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik