3.30.2010

Din Beramboi Kritikal Akibat Virus Rats Pee atau Kencing Tikus

Update (2 April 2010) - Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome. (Bukan kerana virus kencing tikus seperti yang diwar-warkan sebelum ini)

Jenazah Allahyarham Din Beramboi selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

sumber : mStar

Marilah kita doakan semoga roh arwah Din dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah buat seluruh keluarga arwah.




Update : Bukan terkena virus kencing tikus tapi denggi berdarah. sumber mStar


Difahamkan pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Din Beramboi berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) , Hospital Selayang.

Menurut sumber rakan terdekat, Din Beramboi telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya. Mereka juga tidak tahu bagaimana Din boleh terkena virus tersebut.

Berikut berita penuh dari mStar Online.

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu. - mStar



4 comments:

Sue Anna Joe said...
Tuesday, 30 March, 2010

Tikus ni memang sangat kotor and bawa penyakit. Ish takut dengar.

Semoga Din Beramboi selamat, Amin. Tapi dengar cerita macam kritikal je. Ish. =\

Finaz said...
Tuesday, 30 March, 2010

Dia sangat perlukan darah jenis O. Sekarang kat ICU Hospital Selayang.

Sharinginfoz said...
Wednesday, 31 March, 2010

semoga beliau cepat recover

Jom Carrefour Express

Nombor Kat McD???

nurKN @ Nur said...
Thursday, 01 April, 2010

nak tau details psl virus ni, plz visit the link below..
http://www.myuitm.com/v4/modules.php?name=News&file=print&sid=2775

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik