3.21.2010

Akibat Aibkan Mertua, Isteri Dipotong Hidung Telinga. Ngerinya!!

isk..isk..isk.. macam-macam hal lah skang ni. Terbaru, seorang isteri dipotong hidung dan telinga oleh suaminya kerana dikatakan isteri tersebut telah mengaibkan mertuanya atau ibu kepada suaminya. Tapi kejadian ni berlaku kat Kabul, bukan kat Malaysia. 

Harap² takdelah para suami kat Malaysia ni buat camni yer. Haru...







Bibi Aisha menunjukkan telinganya yang rabit di Kabul Afghanistan semalam.



KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya.
Dalam satu wawancara yang disiarkan televisyen tempatan, mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.
Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya.
Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun.
Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.
Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat dan diberi perlindungan oleh sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang turut mengurus ribuan kes serupa.
"Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi. - Agensi

sumber : Kosmo

2 comments:

BroFramestone said...
Sunday, 21 March, 2010

Dunia-dunia

kalau malaysia, xmen la potong2 nie... saman menyaman je...

BroFramestone Blog

Finaz said...
Sunday, 21 March, 2010

zalim

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik