2.09.2010

Keputusan Penuh Perbicaraan Zambry & Mohamad Nizar. Siapa Menteri Besar Perak Yang Sah?

11.19 Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.

10.10 pagi: Prosiding bermula.

9.50 pagi: Pasukan FRU bertindak membahagikan kedudukan kumpulan penyokong kedua-dua pihak bagi mengelakkan ketegangan.

9.45 pagi: Berlaku 'perang mulut' antara penyokong Zambry dan Nizar.

9.10 pagi: Suasana perkarangan mahkamah bertukar kecoh apabila penyokong Nizar bertindak merempuh halangan polis untuk masuk ke mahkamah.

Kumpulan berkenaan juga melaungkan 'Takbir' dan 'bubar DUN'.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan di hadapan pintu masuk mahkamah.




9.05 pagi: Mohammad Nizar tiba dengan ditemani Ngeh Ko Ham.

8.00 pagi: Kira-kira 150 penyokong Zambry yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di luar mahkamah sambil melaungkan 'Daulat Tuanku'.

Kumpulan berkenaan juga berkumpul dan membawa kain rentang, bagaimanapun pihak polis mengarahkan mereka supaya tidak berkumpul dalam kelompok yang besar.


7.30 pagi: Perkarangan kompleks Istana Kehakiman mula di penuhi penyokong kedua-dua pihak.

Pihak keselamatan mahkamah dan anggota polis mula mengawal di sekitar perkarangan mahkamah.

Pihak media dan orang awam perlu mendapatkan pas masuk ke mahkamah.

Hanya seorang wakil bagi setiap organisasi media dibenarkan masuk membuat liputan.



sumber : mStar












0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik