2.03.2010

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (11 Feb 2010)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat

permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17

Download Iklan Jawatan Kosong (imej pdf 62kb).

Download Cara Memohon (imej pdf 33kb).

Download Borang Permohonan.(imej pdf 1.27mb)



CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja mulai 29 Januari 2010 atau mengemukakan satu sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan
:-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan
luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab "A" dan pastikan Laporan Penilaian
Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.
PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup : 11hb Februari 2010 (Khamis)






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik