2.01.2010

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)(Tarikh Tutup:12 Feb 2010)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA):-

1.PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N27 - Tetap

2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - F29 - Tetap

3.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17 - Tetap

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 12 FEBRUARI 2010 JAM 5.00 PETANG

CARA-CARA MEMOHON



1.Maklumat lengkap mengenai syarat-syarat lantikan bagi setiap jawatan boleh dilihat melalui pautan senarai jawatan di atas.
2.Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara online.
2.Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
3.Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
4.Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
5.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
6.Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga

MAKLUMAN PENTING!
Sekiranya anda mendapati RALAT/ERROR seperti berikut (sila klik),
sila pastikan anda telah memasukkan tarikh mengikut format yang ditetapkan iaitu:
(bulan/hari/tahun)
Contoh 1:
31 Disember 1982 --> 12/31/1982
Contoh 2:
3 Februari 1986 --> 02/03/1986

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-7968 5512 atau 03-7968 2241. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-79685003. Meja bantuan bagi urusan ini beroperasi setiap hari mulai 8.30 pagi hingga 10.00 malam.





Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.







1 comments:

Tok Aim said...
Monday, 01 February, 2010

Terima kasih. Kalau x tak inform memang x tahu

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik