2.04.2010

Jadual perjalanan Tahun Baru Cina PLUS

PETALING JAYA 3 Feb. – PLUS Expressways Berhad hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada semua pengguna Lebuh Raya Utara Selatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Ketua Pegawai Operasinya, Nik Airina Nik Jaffar berkata, jadual itu berkonsepkan perjalanan berperingkat bagi
memastikan pengguna tidak hanya tertumpu pada satu masa yang sama untuk memulakan perjalanan.

Menurutnya, tarikh kemuncak penggunaan lebuh raya itu adalah pada 12, 13, 16, 20 dan 21 Februari ini dengan jumlah kenderaan dijangka meningkat 30 peratus iaitu 1.3 juta sehari berbanding hari biasa iaitu sejuta sehari.

“Jadual ini juga dapat mengelak pengguna daripada tersangkut dalam kesesakan teruk dan merasai perjalanan yang lebih selesa,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusuf yang turut menyarankan pengguna mematuhi TTA itu kerana berdasarkan musim perayaan lalu, ia dapat melancarkan trafik dan mengurangkan tekanan kepada pemandu dan jumlah kemalangan di lebuh raya.

PLUS juga menambah 1,000 tol mudah alih di beberapa plaza tol selain mendapat 130 anggota sokongan daripada pihak polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di 12 lokasi terpilih sepanjang lebuh raya.

Ditanya sama ada PLUS memberi diskaun sempena musim cuti perayaan ini, Nik Airina berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

sumber : utusan




Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.







0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik