2.07.2010

Isteri Memang Suka Cemburu Buta

Sunday, February 07, 2010 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.



Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".












3 comments:

Timtim said...
Sunday, 07 February, 2010

haha. lawak~

lepas tu anak dia pulak yang kena belasah~

ganas la mak-mak zaman skarang..

AZANI said...
Sunday, 07 February, 2010

lawak....ha ha ha

Finaz said...
Sunday, 07 February, 2010

apalah malang pompuan tuh dpt anak bengap sgt...bg lah tahu awal2 kat mak tuh..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik