1.29.2010

Gambar & Video Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia

Friday, January 29, 2010 by Mistaken Identity ·
Labels:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.



Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

"Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu," katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu. -BERNAMA

Lagi Gambar dan Video Alat Berwudhu Automatik







Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik