1.05.2010

Burj Dubai a.k.a Burj Khalifa Kini Dibuka

Tuesday, January 05, 2010 by Mistaken Identity ·
Labels:


PEMANDANGAN yang dilihat dari geladak pemerhatian di tingkat 120 Burj Dubai.


DUBAI - Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.

Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.

Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).

Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.

Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. - Agensi


SEORANG wanita melihat pemandangan dari geladak pemerhatian Burj Dubai.



BEBERAPA orang berjalan dekat bangunan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.



SEORANG lelaki melihat pemandangan dari tingkat 120 Burj Dubai.

sumber : Kosmo

Video majlis pembukaan Burj Khalifa (Burj Dubai).



Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik