Tajuk tu mungkin kelakar sikit tapi sebenarnya amat penting semasa proses pembesaran anak2. Anak2 kita sekarang dikelilingi dengan persekitaran yg amat kompleks.. tak macam kita masa kecik2 dulu..suasana 20 tahun..10..tahun malah 5 tahun lepas pun tak sama.. kawasan kejiranan kita semakin maju dan moden.. kalau 10 tahun lepas mungkin tak semua rumah terdedah dengan astro.. tapi sekarang hampir 70% rumah melanggan astro... kalau dulu kompleks membeli belah boleh di bilang dengan jari... sekarang kalaupun masuk jari kaki..mungkin tak cukup jari nak bilang heh..
Pendek kata anak2 kita terdedah dengan bermacam isu2 samada melalui tv, internet, jiran2, kawan2 mereka dan persekitaran mereka membesar. Anak saya yg berusia 3 tahun pun dah kenal Tesco, Giant, Jaya Jusco.. hatta Sunway Pyramid pun.. mereka juga terdedah dengan isu2 dan peristiwa semasa mereka menonton tv.. maklumlah sekarang ni ramai ibu bapa bekerja jadi anak2 kat rumah banyak habiskan masa mereka menonton tv dari berbicara atau bermain dengan ibu bapa.
Kajian telah membuktikan anak2 semasa kecil 2-6 tahun akan memilih ibu bapa mereka sebagai pilihan utama untuk bertanya bermacam soalan yg timbul di fikiran mereka... anak2 usia 7-12 tahun akan hanya bertanya 1/2 drp masalah mereka kpd ibu bapa yg lain mereka akan berbincang bersama rakan2 sekolah...anak2 remaja seusia 13-17 tahun akan memilih rakan2 dan saluran2 luar yg lain utk berbincang masalah mereka..
Jadi ape yg ditunggu lagi? Mulalah dari awal..borak, berbual, berbincang..habiskan masa dengan anak2... kita hanya ade masa 6 tahun saja utk membentuk mereka mengikut rentak dan acuan kita..perkembangan awal atau pra sekolah ini amat kritikal di dalam mencorakkan anak2... kalau terlewat..jangan risau...mulalah sekarang.. insya Allah..usaha berterusan akan membuahkan hasil...yg penting kita sebagai ibu bapa haruslah mulakan langkah dahulu.... lepas ini saya akan berikan tip2 hebat dan berguna bagaimana untuk berkomunikasi dengan anak2...hingga lain masa...
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
Pengalaman naik ke Top Burj Khalifa, Dubai
-
Burj Khalifa adalah bangunan paling tinggi di dunia dengan ketinggian 828
meter iaitu lebih 160 tingkat. Berdiri dari tingkat 148 dapat melihat
sejauh mata...
Switzerland – Nak Tinggal Kat Mana?
-
Bila dah ada Swiss Travel Pass, tak susah nak ke mana-mana dalam
Switzerland. Kebanyakan tren sampai tepat pada masanya dengan jaringan
pengangkutan awam y...
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
-
Dengar je teknologi makanan mesti orang tanya “eh belajar memasak ke?”
Teknologi Makanan ni belajar tentang fizikal, biological dan chemical
komposisi maka...