1.10.2009

Jom Tandatangan Petisyen Online !!

Saturday, January 10, 2009 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Marilah kita sama² menunjukkan sokongan kita dalam membantu penduduk Palestin dengan dalam menyeru dunia untuk meminta agar Israel menghentikan serangan keatas Semanjung Gaza.


Jom Tandatangan Petisyen Online Disini !!


Untuk salurkan bantuan kepada Penduduk Palestin, sila rujuk laman web Islamic Relief Malaysia.



ps : thanks tu theconfused atas maklumat diatas.
Baca seterusnya...

7 Tindakan Ringankan Derita Penduduk Palestin

Saturday, January 10, 2009 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Tujuh tindakan itu digariskan di dalam teks khutbah Jumaat bertajuk Tangisan Gaza yang dibacakan oleh Imam Masjid Negara, Md. Ali Sarbini hari ini.

Teks berkenaan turut dimuatkan dalam laman web Masjid Negara, www. masjidnegara.gov.my.

l Pertama: Membabitkan penyaluran bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan diiktiraf kerajaan yang kemudiannya akan menyalurkannya pula melalui Kementerian Luar Negeri.

l Kedua: Melibatkan usaha memboikot perkhidmatan seperti perbankan, insurans, syarikat minyak dan barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

l Ketiga: Negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara lain patut menghentikan penggunaan mata wang dolar Amerika dalam sebarang urusan perdagangan.

l Keempat: Perlunya tindakan segera dilakukan untuk menyatupadukan umat dan negara Islam seluruh dunia bagi menghadapi Israel.

l Kelima: Membawa penjenayah perang Israel ke muka pengadilan.

l Keenam: Menghapuskan tanggapan karut di kalangan umat Islam bahawa usaha melawan kuasa besar seperti AS adalah umpama mimpi di siang hari yang tidak akan tercapai sampai bila-bila.

l Ketujuh: Sentiasa berdoa bagi memastikan kesabaran dan ketabahan serta kemenangan sentiasa berpihak pada umat Islam.


sumber : utusan malaysia



Baca seterusnya...

1.08.2009

Kekejaman Israel !! Binatang pun tidak sekejam ini !!

Thursday, January 08, 2009 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

























Boikot produk² yang menyokong israel & amerika !

Untuk senarai produk klik sini dan juga sini.
Baca seterusnya...

1.06.2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Tuesday, January 06, 2009 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)

1. Melapangkan mas a / belanja anak , suami & isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan me mas ukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Baca seterusnya...

Jom Puasa Besok !

Tuesday, January 06, 2009 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.


KELEBIHAN


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".



BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI


Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala '.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.

ps : thanks to masy for this email.

Baca seterusnya...

Original Ambi Pur

Tuesday, January 06, 2009 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bahan² :
1. Limau nipis atau limau kasturi (up to you) yang segar dari ladang.
2. 3 batang pencungkil gigi.

Cara²nya :
Kupas limau tu cam gambar di bawah dan ambik pencungkil gigi tu dan buat cam gambar di bawah tu.

siap. sekarang kereta anda mendapat keharuman yang segar dari alam. sengihnampakgigi











sumber gambar : sekutawar blogspot.
Baca seterusnya...

1.04.2009

4 kediaman termewah

Sunday, January 04, 2009 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
ANTILLA, 'istana' Mukesh Ambani mengungguli senarai kediaman termahal di dunia hanya selepas ia siap dibina pada Januari 2009. (skang nie belum siap lagik)

Sehingga detik itu, empat kediaman yang menjadi sebutan seluruh dunia ialah;

Villa La Leopolda


Lokasi: Cap Ferrat, Perancis

Nilai semasa: RM1.6 bilion

KEDIAMAN Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea, diisytiharkan yang termewah di dunia kerana dibeli dengan harga RM1.6 bilion.

Keputusan membeli villa di atas bukit mengadap French Riviera itu dibuat selepas jutawan Russia itu terpaut dengannya ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan bersama teman wanitanya, Daria Zhukova.

Villa berwarna krim bergelar La Leopolda itu bukan saja dikenali kerana panorama menakjubkan laut selatan Perancis, tetapi juga terletak di kawasan kaya alam semula jadi selain di kawasan itu turut dibina rumah peranginan Villefranche.

Seramai 50 tukang kebun diupah untuk menyelenggarakan landskap seluas 8 hektar yang ditanam dengan 1,200 pokok saru, zaitun, limau dan lemon.

Pemilik sebelumnya termasuk tokoh perbankan terkemuka mendiang Edmund Safra; pengasas Microsoft, Bill Gates dan hartawan perusahaan kereta Fiat, Gianni Agnelli.

Asalnya, villa ini dibina untuk perempuan simpanan Raja Belgium, King Leopold II. Namun, pada 1916 ketika perang dunia pertama, anak saudara juga pewarisnya, King Albert I mengubah fungsi kediaman itu menjadi hospital pegawai tentera yang cedera dalam pertempuran.

Setiap bulan, Abramovich perlu membayar kira-kira RM94 juta untuk gadai janjinya.

Ini bukan kali pertama dia membeli hartanah kerana sebelum ini, dia turut memiliki Chateau de la Croe yang terletak tidak jauh dari La Leopolda, bernilai RM94 juta. Kediaman ini dulunya dihuni bekas monarki British, Duke of Windsor yang melarikan diri dengan Wallace Simpson pada 1938.

Abramovich juga pemilik hartanah di Knightsbridge, Sussex dan Russia.





Updown Court Windlesham

Lokasi: Surrey, England

Nilai semasa: RM458 juta

Luas kediaman: 60,000 kaki persegi

DITAWARKAN untuk jualan pada 2005. Kediaman 103 buah bilik yang dibina di atas tanah seluas 23.2 hektar ini menyajikan panorama berlandskap dan hutan kecil.

Terletak di pinggir desa yang menampilkan pemandangan alam semula jadi, kelebihan ini mengundang fantasi buat penghuninya terutama yang mengimpikan kehidupan cerita dongeng kanak-kanak.

Selain lobi dan dewan tari-menari yang tersergam indah, rumah agam ini turut menyediakan bilik panik, sebuah gelanggang skuasy, sebuah pusat boling, lapangan helikopter mendarat, pawagam memuatkan 50 penonton, garaj bagi lapan limosin manakala laluan masuk ke rumah dilitupi marmar sekali gus menguatkan lagi ciri mewahnya.

Dua puluh dua daripada 103 bilik adalah bilik tidur dilengkapi kamar mandi berkemasan jubin.


Starwood/Hala Ranch

Lokasi: Aspen, Colorado, Amerika Syarikat

Nilai semasa: RM448 juta

Luas kediaman: 56,000 kaki persegi

DIILHAMKAN daripada perkataan Arab ‘Ahalan’ yang bermaksud selamat datang, Hala Ranch yang juga dikenali sebagai Starwood Ranch adalah kediaman terbesar di barat Amerika Syarikat dan kedua terbesar seluruh dunia.

Sebelum ini, Hala Ranch milik duta Arab Saudi yang ditugaskan di Amerika Syarikat, Putera Bandar bin Sultan. Namun, kini terpaksa dijual kerana putera itu menjawat jawatan baru sebagai kaunselor keselamatan negara di tanah airnya, Arab Saudi.

Menakjubkan kerana luas bahagian tengahnya saja mampu menyaingi ukuran Rumah Putih. Kediaman ini menawarkan 15 bilik tidur dengan setiap satunya berkembar patio bersama 16 bilik air.

Lif dibina bagi pengunjung menjelajah seisi rumah yang ditunjangi hiasan dalaman dan kemasan daripada kayu mahogani, gangsa selain tingkap kaca berwarna.

Bilik tetamu dibina bersambung dengan taman dalam rumah yang mengandungi kolam renang dan air terjun buatan selain diberi jaminan keselamatan menerusi sistem penggera canggih.



Maison de L'Amitie

Lokasi: Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat

Nilai semasa: RM415 juta

Luas kediaman: 43,000 kaki persegi

RUMAH agam ini dibeli Donald Trump pada 2004 dalam satu lelongan dengan harga RM136 juta. Pemilik asalnya ialah bekas eksekutif kesihatan, Abe Gosman.

Kediaman mengagumkan ini menawarkan dewan tari-menari, rumah pemuliharaan (konservatori) selain sebuah kolam renang sepanjang 100 kaki.

Trump menetapkan harga jualan semula sejumlah RM125 juta. Matlamatnya ialah memecahkan rekod syarikat hartanah Ron Perelman yang berjaya menjual rumah termahal di Palm Beach Florida pada 2004 dengan nilaian RM232 juta.
Baca seterusnya...

Pinggan Dari Ubi Kayu

Sunday, January 04, 2009 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.




  • Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.



    Doh perlu diuli selama 30 minit menggunakan mesin khas.



    P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.



    sumber : Berita Harian
    Baca seterusnya...

    Jangan lupa "Follow"

    Jangan Lupa "Like"

    Popular Minggu Ini

    Entri Santai Terkini

    Arkib

    Menarik Tertarik